Tuesday, May 10, 2011

Tuna Roll

10 Mei 2011

resipi kedua. hehe resipi ni aku belajar dari majalah mingguan wanita. not so sure keluaran berapa. tapi bulan april kot. hihi

untuk resipi kedua ni aku tukar sikit. dalam resipi asal, guna roti canai instant tapi aku pakai kulit popia (again!).

bahan masakan yang perlu digoreng:
- sayur kobis (adik aku ada masalah kulit jadi kena lah banyakkan sayur untuk dia)
- lada merah
- bawang merah
- sedikit bawang putih
- tuna (aku guna ayam brand)
*untuk mereka yang nak guna Sardin pon boleh. tapi nak lagi sedap dan berasa, perah sikit sardin dengan limau kasturi, garam secukup rasa*

bahan bahan tadi ditumis dan masak. sayur kobis boleh la digantikan dengan sayur lain.

the next steps;
1. bentuk samosa
2. bentuk popia

aku buat dua dua bentuk. :D
nak dapatkan bentuk samosa, boleh la rujuk link yang aku bagi ni ye:
http://rozzan.blogspot.com/2007/06/samosa.html
untuk 'gam' tepung tu aku gantikan dengan kuning telur.

disebabkan aku gila cheese, aku tambah cheesedale :P sorryyyy! jangan ikot aku, nanti korang gemok aku tatau aaa~!
ok, dah siap. sedia untuk digoreng.

kalau perasan la, ada dua bentuk samosa kat belakang tu haa 
-.-"
ok, goreng goreng.
sedia untuk dimakan.

sekalikan dengan minuman kegemaran
black currant tea!


the cheeseeeee! yum yum!

selamat mencuba yo!

Chicken Bam Bam

27 April 2011

sorry, resipi ni dah lama. baru sekarang aku nak upload gambar dan list down resipi ni. Menu untuk minum petang ni aku bagi la nama Chicken Bam Bam. sebab? haha, tunggu la nanti tengok result hasil masakan aku. gemok, gebu, sesuai la nama dia tambah bam bam. :P

1. Bahan masakan yang diperlukan

-bawang merah
-sayur kobis
-daging ayam hancur (aku guna jenama ramlee)
*semua bahan di atas ni goreng ya, goreng*


-kulit popia
-mozzarella cheese (terpulang nak letak ke tidak. aku gila cheese, so aku letak)
-kuning telur

ok, dah siap goreng semua.
next step tu buatlah macam nak masak popia.
masuk semua bahan. 'gamkan' kulit popia tu dengan kuning telur.

susun macam dalam gambar, hihi

see, tembamkan? -.-"

ok, masuk kan dalam oven. before tu, panaskan oven 30 minit dulu sebelum guna ya :)
suhu: 200 darjah celcius
masa: 5 minit sahaja sebab da masak kan bahan mentah tadi.

masak masak baby

ok, dah siap. hidangkan dengan teh black currant :D
selamat mencuba pada yang sudi!

Mukadimah

hello semua! *kalau ada yang baca lah blog aku ni*
1st entry sbb blog ni baru aku buat.hihi


blog minum petang ni aku wujudkan khas untuk aku isi semua resipi yang aku ubah dari resipi asal yang aku belajar dari majalah, surat khabar, internet dan blog blog yang awesomeeeee.


first, jangan harap aku akan list resipi resipi yang berat macam ayam masak lemak cili padi ala thai, nasi lemak, nasi briyani gam batu pahat dan sebagainya. sbb? aku malas masak :b hahaha aku lebih suka siap kan minum petang. sebab? entahla. mungkin aku suka suasana santai. ade kena mengena ek? hihi


so, sama sama lah kita belajar resipi baru. ada link yang menarik, jgn segan segan kemukakan kepada aku :)
selamat minum petang!


btw, arini menu ape untuk minum petang? :D